“Raja Permaisuri siap bagi duit untuk bayi…” – Uyaina

 

Oleh Pena Merah

"Raja Permaisuri siap bagi duit untuk bayi..." - Uyaina
Uyaina (tengah) bersama Seri Paduka, Tunku Azizah dan selebriti TV3. – Foto IG Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi bahagia di Instagram, saat menerima titipan berbentuk wang daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli dalam kunjungan diraja ke Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Duit itu diberikan oleh Tunku Azizah kepada Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, selepas mendapat tahu bahawa pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu sedang hamil lima bulan.



“Kejadian di Sri Pentas TV3. Menerima kunjungan diraja di Media Prima. Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan Raja Permaisuri Agong sangatlah mesra dan penyayang.

“Raja Permaisuri siap bagi duit untuk bayi lepas dapat tahu yang Uyaina mengandung. Masya-Allah, rezeki bayi. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Uyaina turut mendoakan kesejahteraan pasangan diraja itu.

“Terima kasih Tuanku dan Raja Permaisuri Agong atas kunjungan. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati Allah,” tulisnya.



Uyaina juga berkongsi beberapa gambar kenangan bersama pasangan diraja serta rakan-rakan pengacara ketika sesi kunjungan diraja itu.

-Berita Harian-

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button