Sweden alami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
Sweden alami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun

Stockholm: Sweden mengalami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun selepas sebuah kampung di utara negara itu melaporkan suhu terendah.
Cuaca sejuk yang memecahkan rekod itu dilihat pada 5 Januari lalu dengan -44.6 Celsius di Vittangi di perbandaran Kiruna, lapor Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden (SMHI).
Sverker Hellstrom, pengurus operasi di SMHI berkata, mereka menangguhkan pengumuman kepada orang ramai untuk memastikan rekod yang begitu sejuk.
Sweden merekodkan suhu terendah pada tahun 1966 dengan -52.6 Celsius di rantau Norrbotten.
Sweden alami cuaca paling sejuk dalam tempoh 58 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Politikus Semakin Memualkan Anak Muda
- Hormati Demokrasi Sekiranya Mahu Negara Di Hormati
- ‘Tiada lagi alasan bekalan air terganggu selepas tarif dinaikkan’