Letusan petanda garis sesar sudah aktif

Letusan petanda garis sesar sudah aktif

Letusan petanda garis sesar sudah aktif
FOTO pada 14 Januari menunjukkan letusan gunung berapi berhampiran Grindavik, barat Iceland. FOTO AFP FOTO pada 14 Januari menunjukkan letusan gunung berapi berhampiran Grindavik, barat Iceland.
Letusan petanda garis sesar sudah aktif
KEADAAN terkini gunung berapi berhampiran Grindavik, barat Iceland.

Reykjavik: Letusan gunung berapi yang memusnahkan rumah penduduk di pelabuhan perikanan Iceland, baru-baru ini, mengesahkan bahawa garis sesar di negara itu kembali aktif.

Situasi itu memberi ancaman aliran lava untuk tahun-tahun akan datang.

Ahad lalu, ‘lava bercahaya’ melitupi beberapa rumah di pinggir bandar Grindavik, barat daya ibu kota Reykjavik.



Hampir seluruh penduduk di pekan nelayan itu sudah dipindahkan kerana ancaman letusan bulan lalu.

Bagaimanapun, aktiviti terbaharu gunung berapi itu sudah berkurangan, kata pihak berkuasa di negara Atlantik Utara itu pada Isnin lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sah! Semua akan bertukar esok, rakyat perlu bersedia




Pulau itu terletak di kawasan rabung Atlantik Tengah iaitu rekahan di dasar lautan yang memisahkan plat tektonik Eurasia dan Amerika Utara.

Terdahulu, pada bulan lepas dan Ahad lalu, gunung berapi meletus dan kedua-dua kejadian mengancam Grindavik.

Ahli volkanologi dari Institut de Physique du Globe de Paris, Perancis memberitahu AFP bahawa ini menunjukkan bahawa “magma sangat dekat dengan permukaan, bersedia untuk meletus”.



“Penipisan kerak bumi berhampiran garis sesar di bawah Iceland akan membantu mendorong ‘pelepasan tekanan” magma ini,” katanya.

Lokasi garis sesar yang rapuh ini berkemungkinan akan terus menjadi masalah. Ia menimbulkan ancaman kepada loji geoterma Svartsengi yang terletak berhampiran kerana ia membekalkan elektrik dan air kepada 30,000 penduduk di Semenanjung Reykjanes atau bekalan untuk satu persepuluh daripada penduduk Iceland.

Letusan terbaharu itu juga memaksa penutupan Blue Lagoon, destinasi pelancongan popular berhampiran Grindavik yang terkenal dengan spa geotermanya.

Letusan petanda garis sesar sudah aktif

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading