Uqasha Senrose Menari Tayang ‘Babybump’ [VIDEO]

Netizen Teka-Teki Jantina Bayi?-“Macam Baby…”

Uqasha Senrose Menari Tayang ‘Babybump’ [VIDEO]

Uqasha Senrose Menari Tayang ‘Babybump’ [VIDEO]

Umum mengetahui, pelakon, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata sulung selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Kamal Adli pada November 2021.

Terkini, Uqasha mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video di TikTok, yang memaparkan dirinya sedang menari sambil menunjukkan ‘babybump’ yang semakin membesar.



“Haa kan dah besar badan tapi kenapa muka tak naik 😭. Dah la menari tak jadi tapi nak buat jugak. Tak pe lah.”-kapsyen Uqasha di TikTok

@therealuqashasenrose

haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naikkkkk 😭 . dah la nari tk jadi tp nk buat jugak ..🙄 tak pelah #uqashasenrose

♬ Everytime We Touch – Cascada



“Tengok Dari Depan Macam Baby Boy…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Uqasha dan bayi yang berada di dalam kandungan, serta ada yang sempat berteka-teki mengenai jantina bayi yang akan dilahirkan oleh Uqasha kelak.

“Selamat kak Sha tak sabarnya nak tengok keponakan online-ku.”

“Tahniah Uqasha dan Kamal, tak sabar nak lihat wajah baby.”

“Tahniah Uqasha dan Kamal, semoga selamat melahirkan nanti.”



“Tengok dari depan macam boy. Mudah-mudahan dilindungi kedua-dua insan yang menunggu kelahiran yang comel.”

“Mesti baby boy.”

“Muka tak naik maybe baby boy. Sebab kita preggy girl hidung kembang, sembab muka bila masuk 8 bulan.”

 



Uqasha Senrose Menari Tayang ‘Babybump’ [VIDEO]

Uqasha Senrose Menari Tayang ‘Babybump’ [VIDEO]

 

Sekadar info, Uqasha Senrose telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Kamal Adli. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib pada jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November 2021.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button