Maut nahas lori muatan ikan, makanan ringan

Oleh – Syeikh Baran


Maut nahas lori muatan ikan, makanan ringan
SEORANG lelaki maut apabila terbabit dalam nahas antara treler membawa muatan makanan ringan dan sebuah lori 10 tan membawa muatan ikan di Kilometer 234.7, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) dekat Rembau, petang tadi. GAMBAR/IHSAN BOMBA

Seorang lelaki maut apabila terbabit dalam nahas antara treler membawa muatan makanan ringan dan sebuah lori 10 tan membawa muatan ikan di Kilometer 234.7, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pada pukul 2.42 petang.



Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi Zaini Saleh, terdapat tiga mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun terbabit dalam kemalangan tersebut.

“Dua mangsa berusia 45 tahun, manakala seorang lagi mangsa berusia 5 tahun. Seorang mangsa meninggal dunia, seorang cedera dan seorang lagi selamat,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Zaini lagi, dalam kemalangan tersebut sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah (Melaka) turut menghulurkan bantuan.

Berikutan kemalangan itu,  trafik bergerak perlahan sejauh lebih 11 kilometer.



Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button