Pejuangan Speedy Tigers ke Olimpik Paris berakhir

Oleh – Syeikh Baran


Pejuangan Speedy Tigers ke Olimpik Paris berakhir

Hasrat Speedy Tigers untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 terkubur selepas seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.



Keputusan seri itu meletakkan skuad negara di tangga tercorot Kumpulan A selepas sekadar meraih satu mata daripada tiga perlawanan dalam aksi Kelayakan Sukan Olimpik.

Terdahulu, anak-anak buah Arul Selvaraj tumpas dalam dua perlawanan awal iaitu dikejutkan China 3-2 sebelum kecundang kepada Great Britain 4-1 dalam perlawanan kedua.

Dalam aksi menentang Pakistan, skuad negara yang turun dengan misi wajib menang berada di hadapan pada minit ke-20 menerusi jaringan padang Fitri Saari.

Bagaimanapun, Pakistan bangkit menyamakan kedudukan tiga kemudian menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Sufyan Khan untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.



Speedy Tigers menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1 selepas Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-30.

Bersambung babak kedua, Pakistan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2 apabila Ammad Butt menjaringkan gol padang pada minit ke-33.

Tersentak dengan gol itu, anak-anak buah Arul memperkemaskan rentak permainan dan berjaya untuk kembali berada dihadapan pada minit ke-40 menerusi jaringan padang Firhan Ashari.

Pakistan yang turun untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri berjaya merealisasikan impian itu apabila Waheed Ashraf Rana berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-52.



Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menyaksikan skuad negara gagal dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik Paris, manakala Pakistan mengiringi Great Britain untuk beraksi di peringkat separuh akhir.

Kegagalan skuad Speedy Tigers itu menyaksikan kemarau skuad hoki Malaysia berpanjangan untuk beraksi pentas Olimpik selepas kali terakhir beraksi di pentas temasya terbesar dunia itu di Sydney 2000.

Selepas ini, Malaysia akan turun menentang Chile dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga kelapan.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading