Dihukum kerana jenayah yang dilakukan semasa ‘kanak-kanak’

Oleh – Syeikh Baran


Dihukum kerana jenayah yang dilakukan semasa 'kanak-kanak'

Mahkamah Jepun hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang masih di bawah umur pada masa jenayahnya tiga tahun lalu, dalam kes hukuman mati pertama sejak negara itu menurunkan umur dewasa yang sah, kata penyiar awam NHK dan media lain.



Yuki Endo berusia 19 tahun pada 2021 apabila dia menikam ibu bapa kepada orang yang dicintainya dan membakar rumah mereka di wilayah Yamanashi, barat Tokyo, menurut laporan itu.

Ia adalah hukuman mati pertama dijatuhkan sejak Jepun menurunkan umur dewasa yang sah kepada 18 daripada 20 tahun pada April 2022, kata laporan itu.

Jepun dan Amerika Syarikat (AS) adalah satu-satunya negara Kumpulan Tujuh (G7) yang melaksanakan hukuman mati dengan kaedah termasuk gantung di Jepun dan suntikan maut di AS.

Tidak seperti di AS di mana tarikh pelaksanaan ditetapkan lebih awal dan didedahkan kepada umum, banduan di Jepun dimaklumkan pada pagi hari pelaksanaan hukuman mati.



 
Sumber – Berita Harian


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading