Kakak harap itu bukan Bella

Oleh – Syeikh Baran


Kakak harap itu bukan Bella
NORISHAM ketika ditemui pemberita susulan penemuan rangka manusia yang dikaitkan dengan kehilangan adiknya Bella.

Keluarga berharap rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di Kampung Batu 7 di Tongkang Pecah di sini bukan Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32, selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Kakaknya, Norisham, 36, berkata, ketika dimaklumkan tentang penemuan rangka manusia itu petang tadi gerak hati tetap mengatakan itu bukan Bella seperti yang ditularkan.



Katanya, jika rangka manusia itu adalah adiknya mereka sekeluarga tetap reda dengan ketentuan Ilahi namun mengharapkan hukuman setimpal kepada siapa sahaja yang melakukannya.

“Setakat ini, kami belum dimaklumkan tentang keputusan penemuan rangka manusia ini, bagaimana pun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) saya dan ibu sudah diambil untuk simpanan pihak polis kira-kira dua minggu lepas.

“Saya amat berharap rangka manusia itu bukan Bella,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan rangka manusia itu di sini hari ini.

Menurut Norisham lagi, diharapkan keputusan DNA dapat diketahui dalam kadar segera bagi menamat penantian ini.



Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan rangka manusia ditemui kira-kira pukul 2 petang hari ini di dalam bangunan terbiar di sebuah sekolah di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.

Katanya, penemuan rangka manusia itu hasil siasatan ke atas tiga suspek yang ditahan susulan kehilangan kes Bella sejak 37 hari lalu.

Salah seorang suspek membawa pasukan penyiasat menunjukkan lokasi rangka manusia itu.

ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.



Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading