Kaunsel kesal Unisel enggan iktiraf kesatuan

Oleh – Syeikh Baran


Kaunsel kesal Unisel enggan iktiraf kesatuan
KIRA-kira 40 kakitangan akademik Unisel mengadakan piket membantah tindakan pengurusan Unisel dekat Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor. – UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Kira-kira 40 pensyarah Universiti Selangor (Unisel) berhimpun secara aman di sini, semalam bagi membantah pemecatan salah seorang daripada mereka yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Unisel (Kaunsel).

Mohd. Azrin Abd. Rahim berkata, selain pemecatan tersebut, piket tersebut diadakan bagi mendesak pengurusan tertinggi Unisel mengiktiraf penubuhan Kaunsel bagi menjaga kebajikan kakitangan akademik.



“Selain isu pemecatan saya, Kaunsel turut menuntut supaya pihak universiti tidak mengugut pensyarah yang menganggotai Kaunsel untuk keluar daripada kesatuan ini.

“Sekiranya mereka tidak keluar daripada kesatuan, pihak Unisel akan menurunkan jawatan mereka, menafikan geran penyelidikan, dihalang menghadiri konvokesyen dan lain-lain lagi,” katanya dalam piket tersebut di pekarangan Unisel di Seksyen 7.

Jelasnya, berhubung pemecatan beliau sendiri, Kaunsel turut menggesa campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Unisel untuk mempertimbang antara tuntutan yang dibuat kesatuan itu terhadap Unisel.

“Kaunsel mengutus surat kepada Amirudin pada 6 Oktober tahun lalu, kemudian kepada semua exco kerajaan negeri. Antara tuntutan itu adalah menarik balik pemecatannya sebagai pensyarah di universiti itu.



“Akibat daripada surat tersebut, pada 5 Januari lalu, saya dipecat selepas digantung hampir tiga bulan oleh pengurusan Unisel,” jelasnya.

Tambahnya lagi, surat tersebut diutus selepas cubaan Kaunsel untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi universiti didakwa gagal apabila permohonan mereka tidak dilayan.

“Kami merancang untuk membuat piket seperti hari ini pada masa akan datang sehingga semua tuntutan mereka ditunaikan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung  Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Bahrin Mansor yang hadir dalam piket tersebut memaklumkan, pihaknya berharap Unisel tidak melihat penubuhan Kaunsel akan menggugat pengurusan universiti.



Menurutnya, malah, penubuhan sesebuah kesatuan dalam mana-mana organisasi syarikat adalah dibenarkan dalam undang-undang di negara ini, justeru pengurusan Unisel diminta segera membuat pertemuan dengan Kaunsel bagi menjernihkan keadaan.

Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading