Mahathir berang bila ‘suis’ kena petik

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir berang bila 'suis' kena petik

 



Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir kelihatan agak berang bila ‘suis’ kena petik. ‘Suis’ yang dimaksudkan ialah anak beliau, Mirzan Mahathir.

Mirzan Mahathir telah disiasat oleh SPRM berkaitan dengan ‘Pandora Papers’ dan diarahkan untuk mengisytiharkan hartanya dalam dan luar negara.

SPRM pada Rabu lepas telah memanggil Mirzan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan satu perintah notis diberikan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Paling mengejutkan apabila Mahathir mendakwa anaknya, Mirzan diugut akan dipenjara lima tahun sekiranya berbuat sesuatu bertentangan dengan pendakwaan.



Namun demikian, Mahathir tidak menyatakan siapakah yang mengugut anaknya dan tiada sebarang laporan polis dibuat Mirzan atas dakwaan bapanya.

Bagaimana Mahathir boleh mengeluarkan kenyataan demikian sekiranya beliau tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat dakwaan tersebut?

Mahathir berang bila 'suis' kena petik

MENGAPA MAHATHIR CAMPURTANGAN URUSAN SIASATAN TERHADAP ANAKNYA?

Mengapa tiba-tiba Mahathir mahu campur tangan dalam siasatan SPRM ke atas anaknya? Bukankah beliau sendiri selalu menyatakan sebarang siasatan oleh pihak berkuasa tidak boleh dihalang sesiapapun?



Sepatutnya Mahathir tidak perlu gusar sekiranya siasatan SPRM tidak menemukan sebarang penyalahgunaan kuasa atau apa sahaja yang boleh dikaitkan sebagai kesalahan sekiranya yakin dengan konsep BERSIH, CEKAP & AMANAH.

Ketika Daim, sahabat baik Mahathir disiasat SPRM sehingga membawa kepada penyitaan Menara Ilham pun Mahathir tidak segelabah seperti ini.

Rasanya ramai boleh ‘membaca’ bahasa badan Mahathir apabila beliau sangat ‘ketakutan’ sekiranya ‘rahsia gelap’ zaman pemerintahannya terbongkar.

Satu klip video dijumpai dalam aplikasi TikTok agak mengejutkan. Watak yang didakwa sebagai bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah-BPR yang kemudiannya dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM mendedahkan kebobrokan Mahathir.



@legendary_kingthor Replying to @asberion77 ♬ original sound – LEGENDARY_KINGTHOR

 

 

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button