Kereta Tesla alah musim sejuk

Oleh – Syeikh Baran


Kereta Tesla alah musim sejuk
Beberapa kereta Tesla beratur di stesen pengecasan. – CBS

Sejumlah pemilik kereta Tesla di kota raya Chicago terkandas disebabkan stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV) gagal berfungsi selepas dilitupi ais pada musim sejuk, lapor akhbar Metro UK semalam.

Selepas suhu -18 darjah Celcius direkodkan di Chicago, penduduk melihat banyak kereta Tesla terkandas di luar stesen pengecasan.



Pemilik kereta Tesla disyorkan mengekalkan tahap kuasa melebihi 20 peratus untuk meminimumkan kesan suhu sejuk pada baterinya.

Bagaimanapun, kebanyakan kenderaan elektrik itu terpaksa menunggu lama dalam barisan sehingga menyebabkan kehabisan bateri berlaku kerana cuaca sejuk beku.

Syarikat Tesla sebelum ini menerima kritikan kerana kegagalan kenderaannya beroperasi pada musim sejuk.

Pada tahun lepas, seorang pakar meteorologi berpangkalan di Kanada, Rachel Modestino mendapati pintu kereta Tesla miliknya gagal dibuka apabila suhu turun kepada -15 darjah Celsius.



Modestino berkata, dia akhirnya dapat membuka pintu kereta secara manual. – AGENSI

Sumber – KOSMO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading