Piala Asia: mahu buru gol awal

Oleh – Syeikh Baran


Piala Asia: mahu buru gol awal
Ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama pertahanan, Shahrul Saad menghadiri sidang media di Doha, Qatar sebentar tadi. – Foto ihsan FAM

Skuad Harimau Malaya diseru untuk mencari gol awal dalam usaha menyerap tekanan pada aksi bertemu Bahrain dalam kempen Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam esok.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui perlawanan kedua itu cukup kritikal buat kedua-dua pasukan yang terdesak untuk meraih tiga mata bagi menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.



“Sudah menjadi cara bola sepak Malaysia untuk berusaha mencari gol awal. Namun, dalam masa yang sama kita juga perlu faham dengan corak taktikal pasukan lawan.

“Bahrain adalah salah satu pasukan yang kuat di Asia dan saya jangkakan perlawanan yang sukar.

“Saya harap pemain beraksi dengan lebih bijak dan berani khususnya pada awal perlawanan,” katanya pada sidang media di Doha, Qatar sebentar tadi.

Sebagai rekod, Malaysia mungkin tersingkir awal pada kejohanan bola sepak berprestij Asia itu andai gagal mengutip sebarang mata ketika bertemu Bahrain nanti.



Situasi ini disebabkan Harimau Malaya telah tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama Kumpulan E, awal pagi Selasa lepas.

Selepas aksi menentang Bahrain, skuad negara akan melengkapkan peringkat kumpulan dengan aksi bertemu negara pilihan, Korea Selatan, Khamis depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading