Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!

Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!

Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!

Pelakon Puteri Sarah Liyana sebak apabila bekas bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam hadir menemani anak lelakinya dalam sebuah acara sukan yang diadakan pada hari Sabtu lepas.

Muat Naik Gambar Cucu Dan Bekas Mertua

Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!
via Instagram Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah menerusi muat naik di Instagram miliknya menyatakan bahawa dia merasa sedih bila melihat gambar yang dimuat naik olehnya itu.



Lebih bermakna lagi, bapa Puteri Sarah sendiri turut sama turun padang memberi sokongan terhadap Syaikhul Islam.

Puteri Sarah berkata, kehadiran dua lelaki penting dalam hidupnya itu bukti anak-anaknya tetap disayangi meskipun sudah berpisah dengan pengarah Syamsul Yusof.

Entah kenapa gambar ini membuatkan saya rasa sedih. Terima kasih baba dan papa (Yusof) teman ke perlawanan bola sepak Syaikhul hari ini.

Syaikhul awak ada dua figura hebat akan menjaga dan sayang awak tidak kira apa berlaku sekalipun.



Isteri Yusof Haslam Turut Muat Naik Gambar Sama

Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!
via Instagram patimah8057

Sementara itu isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail turut berkongsi gambar sama dan dipercayai juga hadir di lokasi berkenaan.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, perkongsian tersebut mendapat pujian ramai yang rata-rata kagum melihat hubungan rapat mereka dengan ibu bapa Puteri Sarah.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Syamsul pula pada Januari 2023 mengumumkan sudah berkahwin dengan aktres Ira Kazar.



Bekas Mertua Hadir Untuk Perlawanan Cucu, Puteri Sarah Luah Rasa Sedih!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi Jho Low?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button