Kerani rugi RM1,500 beg tangan dilarikan penyamun

Kerani rugi RM1,500 beg tangan dilarikan penyamun

Kerani rugi RM1,500 beg tangan dilarikan penyamun
TANGKAP layar dua suspek yang menunggang motosikal dan disyaki terlibat dalam kes samun seorang kerani perempuan di Tikam Batu, Sungai Petani.

SUNGAI PETANI: Seorang kerani perempuan berputih mata apabila beg tangan mengandungi wang tunai RM1,500 dan dokumen berharga dilarikan dua lelaki bermotosikal dalam kejadian samun di Tikam Batu, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengahari ketika mangsa berusia awal 40-an sedang keluar daripada kereta di hadapan rumahnya di sebuah taman perumahan.

“Dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang memakai penutup muka hitam kemudian menghampiri mangsa sebelum salah seorang daripada mereka merampas beg tangan dipegangnya dan bertindak memecut motosikal meninggalkan lokasi kejadian.

“Disebabkan panik dan terkejut dengan kejadian itu mangsa tidak sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek,” katanya.



Kata Zaidy, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tikam Batu sejurus kejadian dan pihaknya kini sedang mengesan suspek terbabit melalui bantuan rakaman telefon bimbit seorang penduduk semasa kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?


“Kita meminta saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.



“Biasanya penjenayah akan mengekori mangsa terutamanya wanita yang memandu kereta atau menunggang motosikal berseorangan. Pastikan beg tangan atau barangan berharga sentiasa di bawah kawalan selain tidak lalai bagi mengelak penjenayah berpeluang melakukan rompakan atau samun,” katanya. –UTUSAN

Kerani rugi RM1,500 beg tangan dilarikan penyamun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading