Rating ‘Suria Petang’ paling tinggi – Tyzo

 

Oleh Pena Merah

Rating 'Suria Petang' paling tinggi - Tyzo
Tyzo memuat naik hantaran Instagram (IG), malam tadi, mendakwa rating slot Suria Petang tinggi.

Konflik antara Tyzo dan pengurusan Suria FM terus hangat apabila penyampai radio itu mendakwa rating slot Suria Petang kendaliannya bersama Sharifah Shahirah pada 2022 dan 2023, tinggi.

Tyzo memuat naik hantaran Instagram (IG) menyentuh apa yang didakwa jumlah pendengar slot itu tinggi berbanding program lain.



“Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar.

“Alhamdulillah, bagi 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang empat kali kajian berturut-turut,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama. Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zulqarnain, 47, mendakwa maklumat berhubung rating itu disampaikan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin.

Pada sidang media Suria FM semalam, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse mendakwa kajian pendengar radio menunjukkan berlaku penurunan jumlah pendengar segmen Suria Petang.



Pada 12 Januari lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai Suria Petang stesen itu berakhir.

Mohd Aminuddin dilaporkan berkata, kontrak Tyzo tidak dilanjutkan selepas pihaknya membuat keputusan secara menyeluruh termasuk mengambil kira kehendak bekas penyampai radio itu sendiri selain aspek perniagaan.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading