Rogol, bapa tiri jadi dalang

Oleh – Syeikh Baran


Rogol, bapa tiri jadi dalang

Seorang buruh ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sini pada Sabtu.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 18 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berhubung perbuatan terkutuk tersebut.

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah mangsa di daerah ini pada awal Januari lalu.

“Susulan itu, mangsa memberitahu kakaknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Chukai pada jam 1.20 pagi Sabtu.

“Sebaik sahaja menerima laporan, polis telah menahan suspek di tepi jalan kira-kira 1.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, pihaknya turut menahan bapa tiri mangsa yang merupakan dalang kejadian tersebut.



Katanya, lelaki berusia berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di rumah mangsa.

Hanyan berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk dapatkan perintah tahanan reman.

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading