JDT buat pusingan U

Oleh – Syeikh Baran


JDT buat pusingan U
Fernando Forestieri kembali bersama JDT. – BERNAMA

Juara Liga Super 10 musim berturut-turut berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pusingan U apabila mengikat semula penyerang prolifik pasukan itu Fernando Forestieri bagi mengukuhkan skuad itu bagi musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards dalam kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers berkata, selepas perbincangan bersama pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Forestieri maka satu kata putus dibuat.



“Berikutan perbincangan bersama pemilik kelab, Tunku Ismail, Forestier dan saya sendiri, penyerang itu akan kekal dalam skuad JDT berserta tiga pemain antarabangsa baharu akan mengukuhkan pasukan secara strategik di beberapa posisi untuk musim 2024-25,” kata Edwards dalam kenyataan ringkas,.

Sebelum ini, JDT sudah mengesahkan mengikatkan pemain kebangsaan Syria, Jalil Elias dan bekas pemain bawah 21 tahun Portugal, Francisco Geraldes yang bakal beraksi di posisi tengan dan menanti seorang lagi pemain import baharu yang akan di bawa masuk ke skuad Harimau Selatan.

Berita kembalinya bekas pemain kelab Udinese yang beraksi di pentas Serie A Liga Itali pastinya melegakan peminat JDT yang pada awalnya agak terkejut selepas pengumuman pemain itu tidak lagi bersama skuad Harimau Selatan.

Sumber – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading