Isteri bekas menteri kewangan didakwa esok

 

Oleh Pena Merah

Isteri bekas menteri kewangan didakwa esok
Isteri Tun Daim Zainudin, Toh Puan Naimah Khalid bersama dua anaknya, Muhammed Amin serta Muhammed Amir ketika sidang media sebaik tiba untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan rasuah terhadap suaminya di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 Januari lalu

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Toh Puan Nai’mah Khalid yang juga isteri kepada bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, akan didakwa di Mahkamah Seksyen esok.

“Ya, saya sahkan,” katanya kepada BH, di sini hari ini.



Sementara itu, BH turut dimaklumkan, Naimah akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, Kuala Lumpur, pada jam 9 pagi esok.

Pada 10 Januari lalu, Nai’mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan kenyataan diambil daripada isteri dan anak-anak lelaki Daim untuk membantu siasatan mengikut undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

SPRM turut menjelaskan siasatan ke atas Daim berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan bagi kes itu dibuka pada Februari tahun lepas.



-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading