Saya akan melawan tuduhan ini – Isteri Daim

 

Oleh Pena Merah

Saya akan melawan tuduhan ini - Isteri Daim
Isteri Tun Daim Zainudin, Toh Puan Naimah Khalid

Isteri kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mengesahkan beliau akan didakwa di mahkamah, pagi esok.

Beliau berkata, pasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangannya di hospital suaminya dirawat.



 

“Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka saya akan memberi kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa.

“Saya kemudian diberitahu bahawa saya akan didakwa pada hari Selasa (esok) pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 36(2) SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis meminta untuk mendedahkan maklumat mengenai aset,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, beliau meminta pendakwaan dilakukan sehari kemudian, iaitu pada hari Rabu selepas prosedur perubatan suaminya selesai, namun ditolak SPRM.



“Mereka berkeras akan mendakwa saya esok. Saya akan berada di mahkamah dan akan melawan tuduhan ini,” katanya.

Saya akan melawan tuduhan ini - Isteri Daim
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin

Semakan Sistem e-Filing mahkamah menunjukkan nama Na’imah Abdul Kadir tersenarai di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi jam 9 pagi.

Terdahulu SPRM mengesahkan akan mendakwa isteri kepada Tun Daim Zainuddin, iaitu Toh Puan Na’imah Khalid, esok.

SPRM memaklumkan suruhanjaya berkenaan akan menjalankan proses pertuduhan terhadap Na’imah, pada jam 9 pagi esok di Mahkamah Sesyen Jenayah 9, di sini.



-Berita Harian-

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading