Pelajar UiTM Lendu maut rempuh lori

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar UiTM Lendu maut rempuh lori
ALIF disahkan meninggal dunia selepas merempuh sebuah lori di Jalan Industri Kelemak, Melaka, hari ini.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu dekat sini maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah lori di Jalan Industri Kelemak, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kirq-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Alif Syakirin Mohd. Balkhishah, 23, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki EX-250J dalam perjalanan dari arah Lendu ke Kelemak.

“Nahas berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan sarung tangan getah telah membelok ke kanan untuk keluar simpang di Jalan Industri 23 Kelemak.

“Mangsa yang datang dari arah kanan telah berlanggar dengan lori tersebut dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, terdapat saksi mata yang melihat kejadian tersebut dan pihak polis telah meminta individu tersebut tampil untuk membantu siasatan.



“Siasatan pegawai penyiasat di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di tengah jalan dan terdapat kesan geseran serta serpihan komponen kenderaan di kawasan nahas.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading