Tidak adil bayar terlalu rendah

Oleh – Syeikh Baran


Tidak adil bayar terlalu rendah
Pelakon Arash Mohamad

Pelakon, Arash Mohamad meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penerbit yang membayar pelakon veteran dengan kadar yang terlalu rendah sehingga pada tahap menyedihkan. 

Kata Arash atau nama penuhnya Azman Shah Ramlee, meskipun tidak banyak, tapi keadaan tersebut berlaku. 



“Saya pernah minta penerbit potong sedikit bayaran saya untuk lebihkan bayaran seorang pelakon veteran kerana kadar diterimanya ketika itu terlalu rendah. Bukan mahu cerita kebaikan, tapi saya geram kerana sampai tahap itu layanan segelintir syarikat produksi kepada pelakon lama. 

“Dalam dunia seni, kita berkongsi rezeki. Sebab itu saya tabik kepada syarikat produksi yang tidak terlalu mengejar keuntungan dan menjaga kebajikan pelakon dengan memberikan bayaran yang pada kadar ‘selesa’,” katanya. 

Arash juga memaklumkan sebelum ini dia juga pernah ditawarkan kerja lakonan oleh sebuah syarikat produksi dengan kadar bayaran yang rendah. 

Namun katanya dia bersikap profesional dan tetap dengan pendirian bayaran perlu setimpal dengan hasil kerja dan pengalaman.



“Bagi saya adalah tidak adil pihak produksi bayar terlalu rendah, sekurang-kurangnya bayarlah dengan kadar memadai. 

“Sebagai pelakon, kami maklum tentang peruntukan dan kadar bayaran yang sepatutnya kami terima. 

“Sebab itu, sebelum terima apa apa tawaran, saya akan bersikap terus terang dan jelaskan kenapa saya perlu dibayar dengan kadar yang saya minta,” kongsinya lagi.

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button