Wanita dakwa anak Pele mahu kubur bapanya digali semula

Oleh – Syeikh Baran


Wanita dakwa anak Pele mahu kubur bapanya digali semula
PELE meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Seorang wanita yang mendakwa dia anak Pele mahu kubur legenda bola sepak itu digali semula bagi membolehkan ujian DNA dijalankan ke atas mayatnya.

Media Brazil melaporkan Maria do Socorro Azevedo, 60, berkata dia adalah anak kelapan Pele dan berhak mendapat sebahagian daripada 60% hartanya.



Pele yang nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento mati pada Disember 2022 tetapi dipercayai dia ketika hayat ada menyebut mengenai anak kelapannya yang tidak pernah ditemuinya.

Anaknya bersetuju menjalani ujian DNA yang keputusan awalnya negatif tetapi satu lagi ujian akan diadakan.

Pele dilapor bersetuju dengan ujian paterniti tetapi meninggal dunia sebelum sempat menjalaninya yang menyebabkan peguam Maria meminta kuburnya digali semula.

Namun peguam yang mewakili balu juara tiga kali Piala Dunia terbabit berkata permintaan itu keterlaluan dan tidak mungkin boleh berlaku.



Bercakap kepada umum buat kali pertama, Maria berkata kepada Record TV semalam bahawa ibunya tidak pernah memberitahu Pele yang dia mengandung.

Pada 2019 Maria meminta ujian DNA dijalankan tetapi tahap kesihatan Pele dan pandemik Covid-19 menyebabkan ujian itu tidak dapat dijalankan.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading