Hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat

Oleh – Syeikh Baran


Hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
FOTO HIASAN

Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Lee Yie Chong, 62, yang juga pemilik sebuah kedai, dilaporkan hilang pada kira-kira 7 malam.



“Mangsa dikatakan meredah air separas pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka.

“Dalam perjalanan (untuk ke kereta), mangsa yang berada di tengah dikatakan memberitahu isterinya bahawa dia kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut di sebatang tiang sebelum diselamatkan.

Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak 3 petang menyebabkan air sungai melimpah memasuki pekan Sungai Lembing manakala air dari kawasan bukit pula memenuhi jalan raya dan lorong di lokasi terbabit.



Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari berkata hujan semakin reda dan air mulai surut malam ini. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading