Scam ‘kawan palsu’ di Singapura, kerugian hampir AS$16 juta

Oleh – Syeikh Baran


Scam 'kawan palsu' di Singapura, kerugian hampir AS$16 juta
FOTO HIASAN

Lebih 6,300 orang menjadi mangsa penipuan ‘kawan palsu’ di Singapura, tahun lalu, dengan keseluruhan kerugian dilaporkan mencecah hampir AS$16 juta, menurut polis.

Kegiatan penipuan itu antara lain menyaksikan mangsa dihubungi individu yang berpura-pura sebagai seseorang yang mereka kenali sebelum meminta bantuan kewangan.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Singapura berdepan lonjakan kes penipuan, dengan pihak berkuasa sering mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai scam baharu digerakkan penjenayah untuk menjerat mangsa.

Polis dalam satu kenyataan, semalam, memaklumkan scam berkenaan telah menyebabkan mangsa kerugian Sg$21.1 juta (AS$15.7 juta) sepanjang tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Dalam kes terbaharu, katanya, lima rakyat Malaysia diekstradisi ke Singapura, semalam, berhubung kes panggilan membabitkan scam ‘kawan palsu’ yang mengakibatkan kerugian lebih AS$1 juta.

Dalam satu operasi bersama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Singapura telah menyerbu dua pangsapuri di Johor pada awal bulan ini, sebelum menahan lima lelaki berusia antara 19 hingga 36 kerana disyaki terbabit scam yang menyasarkan rakyat Singapura.



Menurut polis lagi, suspek terbabit diekstradisi ke Singapura, semalam, dan dijadualkan didakwa atas pertuduhan berkonspirasi untuk menipu, hari ini.

Polis percaya sindiket terbabit bertanggungjawab atas lebih 500 laporan polis dan kerugian berjumlah lebih Sg$1.4 juta sejak Jun tahun lalu.

Kelima-lima lelaki itu berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

“Pasukan Polis Singapura bekerjasama rapat dengan PDRM untuk mengesan dan melumpuhkan sindiket penipuan transnasional ini yang menyasarkan rakyat kita sebagai mangsa,” kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komersial pasukan itu, David Chew. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading