Korea Utara tembak peluru berpandu jelajah ke laut terbuka

Oleh – Syeikh Baran


Korea Utara tembak peluru berpandu jelajah ke laut terbuka
Orang ramai menonton skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman fail ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul, hari ini. -AFP

Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah ke arah laut terbuka, kata tentera Korea Selatan, hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) di Seoul, peluru berpandu itu dikesan pada waktu pagi dan jatuh ke dalam laut antara semenanjung Korea dan China.



Butiran lanjut masih dianalisis dengan kerjasama Amerika Syarikat.

Ketegangan kini semakin meningkat di Semenanjung Korea.

Sejak dua tahun lalu, Korea Utara meningkatkan ujian peluru berpandu dan ujian peluru berpandu secara ketara serta meningkatkan retoriknya terhadap kerajaan di Korea Selatan dan AS.

Pemimpin, Kim Jong Un telah beberapa kali menggesa untuk meningkatkan persiapan untuk berperang.



Amerika Syarikat dan Korea Selatan, yang Korea Utara anggap kedua-duanya sebagai musuh utama, telah memperluas kerjasama ketenteraan mereka, termasuk mengadakan latihan ketenteraan bersama.– BERNAMA-dpa
 
Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button