6 maut trak bawa muatan gas langgar kereta

Oleh – Syeikh Baran


6 maut trak bawa muatan gas langgar kereta
Kebakaran akibat letupan besar selepas nahas membabitkan trak membawa muatan gas dan kereta di Ulaanbaatar, hari ini. – FOTO AFP

Enam maut, manakala belasan lagi mangsa cedera apabila sebuah trak membawa muatan gas berlanggar dengan sebuah kereta sehingga mencetuskan letupan besar di ibu negara Mongolia, hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA) Mongolia, insiden itu berlaku pada awal pagi di daerah Bayanzurkh, timur Ulaanbaatar, membabitkan trak yang membawa 60 tan gas asli cecair (LNG).



“Hasil siasatan awal mendapati tiga mangsa maut dalam kebakaran itu,” katanya melalui laman sesawang agensi berkenaan sambil memaklumkan bahawa tiga anggota bomba turut terkorban.

Menurutnya lagi, 14 mangsa mengalami kecederaan membabitkan 10 diberi rawatan kerana melecur dan seorang kanak-kanak pula keracunan, selain tiga bayi turut dirawat.

6 maut trak bawa muatan gas langgar kereta
Kesan kebakaran akibat letupan besar selepas nahas membabitkan trak membawa muatan gas dan kereta di Ulaanbaatar, hari ini. – FOTO AFP

Ketua NEMA, Jeneral G Ariunbuyan, berkata hasil siasatan awal menunjukkan trak itu melanggar sebuah kereta ketika membelok di sebuah persimpangan jalan, mengakibatkan berlaku kebocoran gas diikuti letupan besar.

Letupan itu turut menyebabkan tingkap di blok pangsapuri dan sekolah yang terletak berdekatan pecah, manakala beberapa kenderaan yang diparkir juga musnah.



Selain itu, rakaman gambar menunjukkan letupan berkenaan mencetuskan kebakaran dalam sebuah bangunan.

NEMA memaklumkan, kira-kira 80 penghuni sebuah blok pangsapuri berhampiran lokasi kejadian terpaksa dipindahkan sementara berikutan insiden itu. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading