Menyamar pegawai SPRM curi cek masjid RM30,000

Oleh – Syeikh Baran


Menyamar pegawai SPRM curi cek masjid RM30,000
FOTO HIASAN

Seorang penganggur ditahan selepas menyamar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menunaikan sekeping cek bernilai RM30,000 milik sebuah masjid, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, bendahari sebuah masjid di daerah ini mendakwa didatangi pegawai SPRM dan memaklumkan terdapat masalah dalam pengurusan akaun masjid tersebut pada Jumaat lalu.



Katanya, dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 60 tahun diminta mengeluarkan buku cek untuk semakan serta pemeriksaan sebelum suspek beredar.

“Pada pukul 5 petang, mangsa menerima panggilan daripada pihak bank yang memaklumkan sekeping cek bernilai RM30,000 cuba ditunaikan, namun ditolak.

“Semakan mendapati sekeping cek hilang selepas pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Mohd. Azam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ampang Jaya kemudian menangkap lelaki tempatan berusia 34 tahun, kelmarin.



Menurutnya, suspek ditangkap pada pukul 1.35 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kes jenayah dan positif methamphetamine,” ujarnya.

Lelaki itu direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading