Sajat cuma disyaki kanser, belum buat CT Scan

 

Oleh – Syeikh Baran


Sajat cuma disyaki kanser, belum buat CT Scan
Pempengaruh Sajat mendedahkan, doktor hanya mengesyaki dia menghidap kanser.

Selepas mendedahkan derita kanser, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan doktor hanya mensyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu.

Katanya, dia disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan bagi mendapatkan pengesahan.



“Dia kenal saya, tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

“Biasalah doktor di sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun, doktor tahu saya ada kad kesihatan, jadi nak buat tuntutan,” katanya dalam perkongsian TikTok.

Menurut Sajat yang kini bermastautin di Australia, keadaan berat badannya semakin berkurangan disebabkan aktif menyertai kelas tarian, selain berdiet.

“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun,” ujarnya secara berseloroh



Pempengaruh media sosial berusia 38 tahun itu turut mengakui tertekan apabila keadaan tubuhnya dipersoalkan segelintir individu terutama ketika melakukan siaran langsung.

Perkara tersebut membuatkannya lebih beremosi tambahan pula pada ketika dia tinggal bersendirian di negara orang.

“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik tanya benda yang sama, sakit hati pula saya dengar.

“Apa pun saya berharap apa yang disebutkan doktor itu sekadar andaian, bukan betul-betul,” ujarnya lagi.



Dalam perkongsian sama, Sajat menyatakan hanya dapat ke hospital semula pada minggu depan selepas disahkan Covid-19.

Kini dia yang berdepan simptom batuk serta rasa mual perlu menjalani fasa kuarantin di kediamannya sahaja.

Beberapa hari lalu Sajat dalam keadaan menangis membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa hanya menunggu masa berikutan serangan kanser.

Walaupun tidak memperincikan sebarang informasi tambahan, rata-rata netizen meluahkan simpati selain ada yang meminta maaf kepadanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button