Bekas pengarah syarikat rugi RM381,890 ditipu skim pelaburan

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pengarah syarikat rugi RM381,890 ditipu skim pelaburan
GAMBAR HIASAN

Seorang bekas pengarah syarikat kerugian RM381,890 akibat dijerat sindiket penipuan pelaburan melalui aplikasi WhatsApp sejak Mac 2021.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa wanita berusia 63 tahun itu tampil membuat laporan, semalam, selepas mengesyaki dirinya ditipu skim pelaburan berkenaan.



“Mangsa kemudian diperkenalkan kepada seorang lagi wanita yang mengaku sebagai pemilik skim itu. Mangsa tidak pernah berjumpa kedua-dua suspek terbabit, dan hanya berhubung melalui WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dikatakan mendorong mangsa untuk membuat bayaran menyertai skim pelaburan berkenaan yang menjanjikan pulangan wang hampir setiap minggu jika berjaya menyelesaikan tugasan diberikan.

Susulan itu, katanya, mangsa melakukan 112 transaksi ke dalam akaun suspek dari 2 Mac 2021 hingga 28 Ogos 2022 membabitkan kerugian dianggarkan berjumlah RM381,890.

Beliau berkata, mangsa mendakwa tidak pernah menerima sebarang pulangan wang seperti yang dijanjikan, selepas hampir tiga tahun menyertai skim pelaburan itu.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading