Klopp belum fikir soal empat kejuaraan

Oleh – Syeikh Baran


Klopp belum fikir soal empat kejuaraan
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan, masih terlalu awal untuk bercakap tentang satu lagi misi memburu empat kejuaraan musim ini. – Foto AGENSI

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan, masih terlalu awal untuk bercakap tentang satu lagi misi memburu empat kejuaraan musim ini selepas mara ke final Piala Liga.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mempunyai peluang untuk merangkul empat kejuaraan dalam semusim dua tahun lalu apabila menewaskan Chelsea – lawan mereka di final bulan depan – di Wembley.



Namun hanya dua kejuaraan domestik berjaya dilunaskan, selepas turut menewaskan Chelsea dalam final Piala FA.

Skuad kendalian Klopp terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City dan tewas kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara Eropah.

Liverpool sekali lagi bersaing merebut empat kejuaraan musim ini, dengan anak buah Klopp mengumpul kelebihan lima mata di puncak liga, mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa, serta dalam persiapan bertemu Norwich untuk pusingan keempat Piala FA.

“Jujurnya saya tidak memikirkan tentang itu kerana kami masih jauh daripada empat final. Kami baru layak untuk satu.



“Tidak masuk akal untuk bercakap tentang perkara seterusnya apabila yang pertama pun belum selesai. Sukar untuk katakan yang kami akan sampai ke final yang lain, itu hakikatnya,” kata Klopp. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading