Pembungkus kerepek kentang harga RM4,090

 

Oleh – Syeikh Baran


Pembungkus kerepek kentang harga RM4,090
Gambar memaparkan pembungkus kerepek ubi kentang berwarna hijau. – isofo_87/ eBay

Sekeping pembungkus kerepek ubi kentang jenama Walkers ditawarkan pada harga £680 (RM4,090) di platform jualan eBay, lapor akhbar Daily Express semalam.

Walaupun boleh ditemui di dalam tong sampah, seorang penjual nekad menyenaraikan pembungkus itu pada harga yang mahal.



Pembungkus itu sering ditemui kerana kilang syarikat Walkers di bandar Leicester, Britain menghasilkan lebih 11 juta bungkusan kerepek kentang pada setiap hari.

Tiada penjelasan lanjut disediakan pada iklan jualan pembungkus tersebut selain ketetapan tajuk: “pembungkus kerepek kentang perisa garam dan cuka Walkers yang telah digunakan”.

Sementara itu, akhbar Daily Express telah menghubungi pemilik akaun yang menjual pembungkus tersebut untuk mendapatkan komennya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINEeh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button