‘Dipaksa masuk terowong, badan diikat bahan letupan’
‘Dipaksa masuk terowong, badan diikat bahan letupan’

Bailtulmaqdis: Diikat dengan bahan letupan dan dilucutkan pakaian. Itu pengalaman ngeri dilalui penduduk Gaza, Palestin yang ditahan tentera Israel.
Seorang daripada tahanan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hakim, 30, berkata, Israel menggunakan mereka sebagai perisai manusia bagi memberi tekanan kepada pejuang Hamas.
Katanya, mereka juga dipaksa masuk ke dalam sebuah terowong dipercayai digunakan Hamas.
“Tentera pakaikan saya tali pinggang yang dipenuhi bahan letupan dan meletakkan kamera GoPro di kepala saya.
“Seorang tentera memberitahu kami, mereka mahu ‘menghantar’ kami kepada Tuhan sebelum dibawa masuk ke terowong untuk dijadikan umpan jika ada pejuang Hamas di situ,” katanya kepada Middle East Eye (MEE).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurut Hakim, tentera Israel bersedia meletupkan terowong menggunakan badan saya jika kamera di kepala saya menunjukkan ada pejuang Hamas.
“Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun turut menerima layanan sama,” katanya yang dibebaskan tiga hari lalu.
Hakim berkata, beberapa ahli keluarga dan saudaranya masih dalam tawanan Israel.
“Kami diletakkan di halaman sekolah dalam keadaan sejuk dan disoal siasat mengenai Hamas.
“Kami dibiarkan tanpa makanan selama beberapa hari.
“Kadang-kadang diberi air untuk diminum dan kami dihina dengan kata-kata nista yang tidak pernah terjangkau akal,” katanya.
Muhammad Lubbad, seorang warga Palestin yang tinggal di luar negara, memberitahu MEE dia mengenal pasti saudara-maranya dalam gambar tahanan ditularkan Israel di media sosial.
“Mereka berbohong. Tiada seorang pun saudara saya yang ditunjukkan dalam gambar itu pernah terbabit dalam sebarang aktiviti ketenteraan,” katanya.
Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin, Al Mezan dan Al-Haq, semua kumpulan hak asasi manusia Palestin terkenal, menuntut Israel menghentikan penculikan ratusan rakyat Palestin di Gaza termasuk puluhan wanita dan kanak-kanak perempuan.
“Berdasarkan maklumat dan keterangan yang diperoleh oleh pasukan kami, pihak berkuasa Israel menjalankan operasi penangkapan besar-besaran selama beberapa hari, khususnya di utara Gaza.
“Mereka menangkap rakyat Palestin dari rumah mereka atau sekolah Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA),” kata kenyataan itu.
‘Dipaksa masuk terowong, badan diikat bahan letupan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM