Tentera Israel tembak dua beranak di gereja

Tentera Israel tembak dua beranak di gereja

Tentera Israel tembak dua beranak di gereja
Seorang lelaki menghias pokok krismas di luar Gereja Roman Katolik di Kota Gaza pada 20 Disember 2020. FOTO FAIL AFP

Baitulmaqdis: Warga emas wanita dan anak perempuannya yang beragama Kristian ditembak tentera Israel di sebuah gereja Katolik di Gaza City, semalam.

Penyelia gereja Katolik di Baitulmaqdis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10 pagi di rumah ibadat itu yang menjadi tempat perlindungan keluarga Kristian sejak perang Israel-Hamas meletus.

“Seorang penembak tepat IDF (tentera Israel) membunuh dua wanita Kristian di dalam gereja di Gaza.



“Nahida dan anak perempuannya Samar ditembak dan dibunuh ketika mereka berjalan ke gereja itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, seorang terbunuh ketika cuba membawa seorang lagi ke tempat selamat.

“Tujuh lagi orang cedera akibat tembakan ketika mereka cuba melindungi orang lain.

“Tiada amaran diberikan sebelum tembakan bermula,” katanya.



Katanya, tiga peluru yang dilepaskan kereta kebal Israel juga mengenai sebuah biara, memusnahkan penjana dan bekalan bahan api dan menyebabkan sebuah bangunan menempatkan 54 orang kurang upaya tidak dapat didiami.

“Seramai 54 orang kurang upaya (OKU) itu kini kehilangan tempat tinggal dan tiada akses kepada alat pernafasan yang sebahagian daripada mereka perlukan untuk terus hidup,” katanya.

Diplomat tertinggi Itali, Antonio Tajani menggesa kerajaan dan tentera Israel untuk melindungi rumah ibadat Kristian.

“Bukan di situ Hamas bersembunyi,” katanya di X.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Khairy Jamaluddin masih simpan dendam kepada Tok Mat Hasan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading