Polis tercampak kereta ditahan dirempuh SUV

Oleh – Syeikh Baran


Polis tercampak kereta ditahan dirempuh SUV
Gregory terpelanting selepas dirempuh kereta yang dilanggar SUV hitam. – Peronda Lebuhraya Oklahoma

Seorang anggota polis di negeri Oklahoma terpelanting selepas kereta yang dihentikannya di tepi jalan dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu laju.

Akhbar New York Post melaporkan, Jesse Gregory pada awalnya dilihat berdiri di belah penumpang selepas memberhentikan kereta itu di tepi Lebuhraya 40, minggu lepas.



Sebuah SUV berwarna hitam kemudian merempuh kereta tersebut sehingga menyebabkan Gregory yang berada di bahu jalan terpelanting ke udara.

Gregory bernasib baik kerana dia mampu berdiri semula selepas dirempuh, sebelum menjauhi kawasan kemalangan untuk mengelak sebarang bahaya.

Peronda Lebuhraya Oklahoma berkata, pihaknya berkongsi rakaman itu sebagai peringatan kepada orang ramai.

“Gregory dijangka pulih sepenuhnya selepas kejadian, manakala tiga lagi individu yang terlibat dalam kemalangan itu telah dirawat dan dibenarkan pulang,” kata pihak berkuasa terbabut. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading