Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang

Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang

Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang

Isu yang paling hangat dibincangkan sepanjang minggu lepas adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid, mengenai pemansuhan pencen penjawat awam.

Untuk rekod, isu pemansuhan pencen penjawat awam bukanlah isu baharu yang dibangkitkan di era Kerajaan Perpaduan.

Sebenarnya isu ini pernah dibincangkan pada tahun 2017 di era Barisan Nasional di bawah kepimpinan DS Najib.



Ianya juga pernah dicadangkan pada tahun 2019 di era Pakatan Harapan 1.0 di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Dan kini ianya sekali lagi dicadangkan perlaksanaannya di era Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang penulis mahu tekankan ialah, isu pemansuhan pencen bukanlah satu isu yang kecil kerana ianya membabitkan penjimatan berpuloh bilion ringgit duit rakyat sekiranya dilaksanakan.

Tetapi persoalannya, mengapakah di bawah 2 kerajaan yang terdahulu ianya tidak dilaksanakan?



Pertama, untuk menghapuskan pencen penjawat awam, ianya memerlukan pindaan perlembagaan kerana pemberian pencen kepada pesara dilindungi oleh perlembagaan.

Dalam Akta 227 (Akta Pencen 1980)  dengan jelas menyatakan kelayakan pesara penjawat awam yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun.

Untuk memansuhkan akta tersebut, ianya terlebih dahulu mesti dibawa dan diluluskan oleh kabinet.

Kemudian, ianya mestilah dibentangkan, dibahas serta diluluskan dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 ahli Dewan Rakyat.



Selepas itu, ianya mesti dibahas dan diluluskan pula oleh Dewan Negara.

Proses terakhir, ianya mestilah mendapat perkenan dari SPB YDP Agong untuk digazetkan.

Dalam artikata lain, perjalanan untuk perlaksanaan penghapusan pencen pesara penjawat awam masih lagi jauh dan masih di peringkat awal.

Penghapusan pencen penjawat awam melibatkan kepentingan bukan ratusan atau ribuan rakyat.



Tetapi ianya melibatkan kepentingan jutaan rakyat Malaysia.

Penting untuk disusun soft landing supaya rakyat dapat menerimanya dan isu tersebut tidak diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penulis tidak nampak apa keperluan kenyataan mengenainya dibuat secara terburu-buru.

Diharapkan pihak menteri lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana menjadi kelaziman, kenyataan menteri kabinet adalah dasar kerajaan yang telah dipersetujui.



 

Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button