Bukan mudah mengekalkan diri untuk terus istiqamah – Neelofa

 

Oleh Pena Merah

Bukan mudah mengekalkan diri untuk terus istiqamah - Neelofa
Neelofa

Pengacara dan selebriti terkemuka tanah air, Noor Neelofa, mengakui, bukan mudah mengekalkan diri untuk terus istiqamah apabila memilih jalan keredaan Allah SWT.

Malah, kata isteri pelakon dan penceramah bebas, PU Haris Ismail ini, sebagai manusia biasa, dia juga tidak lari daripada sikap alpa dan perlukan bimbingan daripada orang lain.



“Dulu, pernah saya terfikir yang istiqamah itu merupakan satu hal yang mudah, satu hal yang mampu dilakukan oleh semua orang. Tapi jujurnya, istiqamah itu bukanlah semudah seperti apa yang saya jangkakan.

“Saya sendiri ada masanya terlupa, ambil mudah dan kadang-kadang perlukan bimbingan untuk kembali ke landasan kalau sedikit tergelincir ketika ‘leka’ dengan kehidupan.

“Apa yang saya pegang adalah teruskan menggali ilmu. Sudah tentu, antara sumber terbaik untuk menimba ilmu adalah menerusi kitab suci Al-Quran,”katanya dalam satu hantaran di Instagram, kelmarin.

Bagaimanapun, kata Neelofa, menimba ilmu Al-Quran baginya bukan sekadar menzahirkan bait-bait kandungan di dalam kitab suci itu.



“Ia bukan sekadar menzahirkan menerusi lidah semata-mata, tetapi memaknai setiap ayat yang ada dalam Al-Quran.

“Saya seorang ibu yang mungkin sibuk uruskan anak-anak,seorang isteri yang mungkin sibuk memberikan yang terbaik buat suami, seorang anak yang mungkin sibuk menyelesaikan hal-hal keluarga kami serta seorang pemilik perniagaan yang mungkin memiliki jadual yang teramat padat.

“Tapi, saya perlu sedar. Hakikat tertinggi adalah saya merupakan hamba-Nya. Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya masih sempat menyediakan masa untuk mengikuti kelas Tadabbur dan buat masa sekarang saya sertai Empower Quran Global.

“Bagi saya, cara pembelajaran kelas tadabbur mereka sesuai dengan jadual padat saya. Saya percaya,kekuatan untuk istiqamah menimba ilmu Al-Quran ini kita kena minta juga dengan Allah.



“Satu lagi, ini bukan sebab kita nak puaskan hati orang, tetapi kita nak cari keredaan Allah. Jujur saya cakap, selepas sayah berkahwin, Allah rezekikan saya untuk membaca dan belajar Al-Quran.

“Saya ini bukan orang yang sempurna, tetapi saya bercita-cita nak guna sebanyak mungkin masa untuk terus bertadabbur,”katanya.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading