TFC belum muktamad ambil import Tajikistan – sumber

TFC belum muktamad ambil import Tajikistan – sumber

TFC belum muktamad ambil import Tajikistan - sumber
Pemain tengah skuad kebangsaan Tajikistan, Ehson Panjshanbe yang ditularkan akan menyertai Terengganu FC. – Foto Persekutuan Bolasepak Tajikistan

KUALA TERENGGANU: “Belum muktamad lagi,” kata sumber Terengganu FC (TFC) mengenai dua pemain skuad kebangsaan Tajikistan, Ehson Panjshanbe dan Akhtam Nazarov yang dikatakan bakal diikat pada jendela kedua perpindahan bermula Rabu depan.

Jelas sumber itu, setakat ini kehadiran dua pemain itu belum dimuktamadkan lagi kerana jendela kedua perpindahan pemain masih panjang sehingga 1 Ogos depan.

Terdahulu Panjshanbe, pemain tengah FC Istiklol dalam Liga Tajikistan dan Nazarov, pertahanan FC Andijan dalam Liga Uzbekistan, dikaitkan akan menyertai skuad Penyu.



Selain berlegar dalam laman sosial, nama dua pemain itu turut dimuatkan dalam saluran YouTube yang mendakwa pemain itu serta seorang pemain tempatan yang kini beraksi dengan kelab divisyen dua Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, R Kogileswaran akan bersama TFC.

Dua import itu dijangka menggantikan tempat pemain pertahanan Uzbekistan, Sardor Kulmatov yang kerap memanaskan bangku simpanan selepas dibelenggu kecederaan serta pemain tengah, Domogoj Pusic yang gagal bertindak cemerlang.

“Setakat ini dua pemain import Tajikistan itu masih belum muktamad lagi sama ada menyertai TFC atau sebaliknya.

“Jadi harap peminat setia TFC bersabar menanti pengumuman rasmi kelab,” jelas sumber itu ketika dihubungi hari ini.



Setakat ini hanya seorang pemain tempatan iaitu bekas pemain Selangor FC, Nor Hakim Hassan sudah menjalani latihan bersama TFC.

TFC belum muktamad ambil import Tajikistan – sumber


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button