OCBC, lima syarikat EV jalin kerjasama

OCBC, lima syarikat EV jalin kerjasama

OCBC, lima syarikat EV jalin kerjasama
ANNE (tengah) bersama wakil syarikat EV.

OCBC Bank (Malaysia) Bhd bekerjasama dengan lima syarikat berkaitan kenderaan elektrik (EV) untuk menyediakan pilihan mampu milik kepada pemilik EV dalam perjalanan hijau mereka.

Menerusi kerjasama dengan EV Connection, CarputZap, GoCar, Renault dan PowerBee selaku anak syarikat Solarvest Holdings, ahli kad OCBC boleh memanfaatkan pelan pembayaran ansuran (IPP) sifar peratus sehingga 24 bulan bagi pembelian pengecas EV, katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun bagi pembelian pengecas EV, perkongsian kereta dan langganan EV secara harian hingga tahunan.



Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Anne Leh berkata, pelancaran tawaran itu dilaksanakan berasaskan permintaan yang semakin tinggi daripada pelanggan untuk menyokong usaha pemilikan EV masing-masing.

“Langkah memperkenalkan kemudahan berkaitan EV adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan bank untuk memberi tumpuan menggalakkan pelanggan kami untuk terus menggunakan EV.


“EV adalah komponen penting dalam ekonomi rendah karbon. Dengan menyediakan tawaran kad kredit menarik dan pelan pembayaran ansuran, kami berharap untuk membantu pelanggan mendapatkan peralatan seperti pengecas EV dan penggunaan EV sewa,” katanya.

Anne berkata, bank itu turut berganding bahu dengan rakan-rakan EV lain untuk menawarkan kemudahan IPP sifar peratus kepada pelanggan bagi bayaran pendahuluan EV masing-masing.

OCBC, lima syarikat EV jalin kerjasama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button