Polis siasat wanita dakwa Imam Mahdi

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat wanita dakwa Imam Mahdi
TANGKAP layar kenyataan seorang wanita yang mendakwa dia ialah Imam Mahdi.

Polis sedang menyiasat mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya Imam Mahdi yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, siasatan giat dilakukan terhadap wanita yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini selepas tular dakwaan berkenaan dalam Facebook JERANTUT VIRAL.



“Makluman awal yang polis diberitahu mengenai kes ini, wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak hospital.

“Polis mengesahkan dakwaan wanita berkenaan dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook JERANTUT VIRAL dan sedang menyiasat perkara ini,”katanya di Ibu Pejabat polis Dearah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Menurut Zukri, laman sosial tersebut memuat naik dakwaan wanita yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah daerah ini mengaku dengan yakin sebagai Imam Mahdi.

Beliau berkata, difahamkan ibu kepada tiga orang anak itu tinggal berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Kuala Lumpur.



Dalam kenyataan yang dimuatnaik wanita itu dalam laman sosial dia mendakwa dipilih oleh Allah untuk membimbing umat Muhammad dan menggelarkan dirinya sebagai mujadid yang diamanahkan untuk menghentikan peperangan di Palestin.

Dakwa wanita itu, Imam Mahdi adalah seorang perempuan iaitu dirinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button