Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham
Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham
HULU SELANGOR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita berusia 27 tahun cedera pada perut dan beberapa bahagian badan selepas ditikam wanita lain di hadapan sebuah rumah di Batang Kali, di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 26.5 sentimeter.
“Mangsa mengalami luka di perut, selain cedera pada bahu, tangan kanan dan kiri serta kepala. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Faizal berkata, bertindak atas maklumat polis menahan suspek yang juga rakan kepada kakak mangsa, jam 6 petang hari sama di sekitar kawasan Batang Kali.
Ketika ditanya motif perselisihan faham serta suspek mempunyai masalah kesihatan, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.
“Polis akan memohon tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Wanita ditikam guna pisau pemotong sayur kerana selisih faham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
- Hanya Ahli PAS Harapan Terakhir Mahathir Untuk Pertahankan Beliau
- Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :