Pelajar maut motosikal kemalangan dengan lori

Pelajar maut motosikal kemalangan dengan lori

Pelajar maut motosikal kemalangan dengan lori
Motosikal milik pelajar berusia 17 tahun yang terbalik selepas kemalangan dengan sebuah lori. – Foto ihsan PDRM

ALOR SETAR: Pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah lori di simpang jalan Kampung Dalam Kota di Mukim Lepai, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa, Khairi Razin Basirrah, 17, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu dari simpang sebelah kiri (Jalan Kampung Dalam Kota) menuju Bukit Pinang, manakala lori dari arah Bukit Pinang menuju Langgar.



“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal keluar dari simpang sebelah kiri dan melintas di hadapan lori yang secara mengejut, menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak sehingga berlaku perlanggaran.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pelajar maut motosikal kemalangan dengan lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading