Azam Baki menghadap Tunku Mahkota Ismail

 

Oleh Pena Merah

Azam Baki menghadap Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail ketika menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini. – Foto ihsan Facebook HRH Crown Prince of Johor

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pertemuan itu difahamkan berlangsung selama sejam.



Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, sebentar tadi.

Pemangku Sultan Johor itu kini berada di ibu negara.

Sultan Ibrahim dijadualkan bertolak dari Istana Bukit Serene, di sini, pada jam 7.45 pagi esok, untuk ke Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), sebelum berlepas ke Pangkalan Udara Subang.

-BERNAMA-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading