Suami isteri ditahan bersama pil yaba dan syabu

 

Oleh Pena Merah

Suami isteri ditahan bersama pil yaba dan syabu
Muhamad Zaki Harun menunjukkan rampasan dadah di IPD Pasir Mas, Kelantan hari ini

Polis merampas dadah jenis pil yaba dan syabu selepas menahan pasangan suami isteri dalam serbuan menerusi Op Tapis di hadapan sebuah klinik di Bunut Susu di sini pada 25 Januari lalu.

Penahanan pasangan suami isteri dalam serbuan pukul 6.30 petang membawa kepada rampasan 2,280 pil yaba dan syabu seberat 3.09 gram.



Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada masa sama pihaknya turut menyita kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki oleh pasangan berkenaan.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta berjumlah RM37,110.

“Siasatan awal mendapati pasangan ini merupakan peniaga kedai makan yang masing-masing berusia 26 dan 25 tahun.

“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah berkait dadah. Saringan ujian saringan air kencing mendapati dia positif methamphetamine,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) Kontinjen Kelantan tahun 2024 di sini hari ini.



Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Seksyen 39A (1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, lima hari berselang polis  menahan dua lelaki dalam serbuan di Bukit Tuku Pasir Mas kira-kira pukul 6.40 petang dan merampas 2,027 pil yaba serta sebiji pil erimin 5.

“Salah seorang daripada suspek merupakan orang kurang upaya (OKU). Kedua-dua suspek berusia 21 tahun di tahan semasa berada di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, kedua-dua suspek merupakan buruh dan penganggur mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah. Selain itu mereka didapati turut positif dadah hasil saringan air kencing.



-Utusan-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button