Vietnam dan Filipina setuju tingkatkan kerjasama

 

Oleh Pena Merah

Vietnam dan Filipina setuju tingkatkan kerjasama
Ferdinand Marcos Jr (kanan) berjabat tangan dengan Vo Van Thuong dalam satu majlis diadakan di Istana Presiden di Hanoi

Vietnam dan Filipina bersetuju untuk meningkatkan kerjasama antara pengawal pantai mereka dan mencegah kejadian tidak diingini di Laut China Selatan.

Pengumuman itu dibuat ketika Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. mengadakan lawatan kerja ke Hanoi.



Kedua-dua negara itu mempunyai tuntutan bersaing ke atas sebahagian besar perairan Laut China Selatan.

Menurut seorang pegawai Vietnam, dua memorandum persefahaman (MoU) berhubung keselamatan antara lain merangkumi `langkah pencegahan kejadian tidak diingini di Laut China Selatan’ dan `kerjasama maritim dalam kalangan pengawal pantai’, dimeterai.

Bagaimanapun, butiran perjanjian yang dipersetujui tidak didedahkan.

Perjanjian berkenaan dikatakan berisiko mencetuskan kemarahan Beijing sekiranya kedua-dua negara itu membuka jalan untuk berkompromi pada masa hadapan mengenai tuntutan dipertikaikan



China mungkin cenderung untuk melihat kemajuan dalam penyelesaian pertikaian sempadan dalam kalangan penuntut lain dengan skeptisisme.

Hanoi dan Manila pernah berselisih dengan pengawal pantai China pada masa lalu namun sejak tahun lalu pertengkaran kerap berlaku antara kapal China dan Filipina yang bersekutu dengan Amerika Syarikat (AS) sekali gus meningkatkan ketegangan terhadap hubungan yang semakin merosot.

Sebelum bertemu dengan Presiden Vo Van Thuong, Marcos Jr. berkata, Vietnam merupakan rakan kongsi strategik tunggal Filipina di Asia Tenggara.

Beliau juga menegaskan kerjasama maritim merupakan asas hubungan kedua-dua negara tersebut.



“Situasi di dunia dan serantau sedang berkembang pesat dan menjadi semakin rumit.

“Oleh itu, kita perlu bersatu dan bekerjasama dengan lebih erat,” kata Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh sambil menyatakan lawatan Marcos Jr. membantu mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Vietnam yang merupakan antara pengeksport beras terbesar dunia, turut memeterai perjanjian meliputi perdagangan beras dan kerjasama pertanian dengan Filipina.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading