Penyanyi ditangkap curi barangan mewah

Oleh – Syeikh Baran


Penyanyi ditangkap curi barangan mewah
WARAN tangkap ke atas Thanandon dikeluarkan Mahkamah Min Buri, Bangkok. – Foto tlhr2014

Seorang penyanyi baharu ditahan oleh Polis Metropolitan Bangkok atas dakwaan mencuri barangan mewah bernilai lebih 2 juta baht (RM267,472), lapor laman berita Thaiger semalam.   

Penangkapan Thanandon Ramasutha, 29, dilakukan selepas polis menjalankan siasatan susulan berlakunya satu kes kecurian di rumah pengurus selebriti tersebut pada bulan ini.



Dia ditahan kelmarin di hadapan sebuah rumah di Bangkok.

Antara barangan yang didakwa dicuri adalah pakaian berjenama Balmain Paris dan Versace di samping sandal Hermes dan barangan lain bernilai lebih 2 juta baht.

Siasatan polis mendapati Thanandon disyaki menjual pakaian yang curi itu kepada sebuah kedai barangan terpakai.

Penyanyi tersebut didakwa berbuat demikian bagi membayar hutang judi. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading