Tiga kali kedai dimasuki pencuri

Oleh – Syeikh Baran


Tiga kali kedai dimasuki pencuri
RAKAMAN CCTV menunjukkan kejadian mencuri di kedai milik Sukijat di Pattaya kelmarin. – Foto The Pattaya News

Seorang pemilik kedai membaiki pendingin hawa di Pattaya tidak dapat tidur lena gara-gara premisnya dimasuki pencuri sebanyak tiga kali, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Insiden itu dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kelmarin. Ia menunjukkan seorang lelaki dan perempuan disyaki mencuri paip buat kali ketiga di kedai tersebut.



Rakaman video CCTV itu pada awalnya menunjukkan dua suspek tersebut tiba di kedai berkenaan.

Melihatkan tidak ada orang di laluan kedai itu, suspek wanita menyelongkar premis tersebut.

Dia disyaki mencuri sebatang paip pendingin hawa tembaga sepanjang 10 meter sebelum melarikan diri.

Menurut pemilik kedai itu, Sukijat Pomsema, insiden tersebut adalah kali ketiga melibatkan paip tembaga yang pernah berlaku di kedainya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading