Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjiwa rakyat

Oleh – Syeikh Baran


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjiwa rakyat
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana Negara, hari ini. – fotoBERNAMA

Gelaran ‘Sultan Berjiwa Rakyat’ begitu sinonim dan sebati dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sikap baginda yang ceria, suka bergurau dan penyayang terhadap masyarakat namun tegas, adil serta sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat Johor menjadikan Sultan Ibrahim, Sultan yang amat disayangi dan dekat di hati rakyat.



Keperibadian terpuji Sultan Ibrahim yang begitu prihatin dan sentiasa mengambil berat permasalahan dan kesusahan yang dihadapi segenap lapisan rakyat Johor menyebabkan baginda turut dikagumi dan dijadikan idola.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjiwa rakyat
Sultan Johor Sultan Ibrahim melambai ke arah rakyat Johor yang menunggu di tepi jalan sempena keberangkatan menuju ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarbangsa Senai pagi tadi. – Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Sikap Sultan Ibrahim yang prihatin dan sayang terhadap rakyat, terbukti apabila baginda menitahkan supaya Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) dilaksanakan.

Baginda mencetuskan idea berkenaan apabila melihat masih ramai rakyatnya yang masih belum memiliki kediaman di sebalik kemajuan pembangunan negeri.

Atas kesedaran baginda itu, Sultan Ibrahim melancarkan RIBJ menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjiwa rakyat
Kenderaan membawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melalui Bandar Senai menuju Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. – foto BERNAMA

Tujuannya tidak lain adalah bagi membantu rakyat yang dikasihi baginda memiliki kediaman sendiri.

Usaha baginda yang dilancarkan pada tahun 2017 itu berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Johor apabila lebih 350,000 rakyat membuat permohonan untuk mendapatkan rumah yang ditawarkan.

Sultan Ibrahim bertitah, projek RIBJ tidak memberi keuntungan kepada Tuanku, sebaliknya baginda menyifatkannya sebagai satu amal jariah kepada rakyat.

Bagi bekas imam, Md Amin Morsid, 60, Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-17 terkenal sebagai ikon perpaduan Johor.



Katanya, baginda mengangkat terma Bangsa Johor yang menjadi asas kepada perpaduan kaum di negeri ini tanpa membezakan warna kulit, anutan agama serta status ekonomi.

“Saya masih ingat titah ucapan Sultan Ibrahim sebelum ini yang baginda percaya, kejayaan negeri ini hanya akan dapat dicapai sekiranya semua kaum hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati,” katanya.

Bagi pembantu kedai, Siti Noraniza Isnin, 29, berkata beliau antara jutaan pengikut akaun Facebook rasmi baginda yang kini diikuti seramai 1.1 juta pengikut.

Katanya, kecanggihan teknologi maklumat digunakan sepenuhnya oleh Sultan Ibrahim untuk menyantuni hati rakyat dengan lebih dekat dan berkesan.



“Sebagai rakyat Johor, saya seronok apabila Tuanku Sultan Ibrahim sering menzahirkan rasa sayang, berkongsi kehidupan keluarga Diraja Johor selain menitipkan nasihat terus kepada rakyat.

“Baginda bukan sahaja berkongsi kegusaran serta nasihat baginda termasuk terhadap penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan negeri pada 2020, malah menonjolkan sisi peribadi Tuanku sebagai tukang masak yang hebat,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading