Kandang kambing lebih mewah daripada rumah penduduk

Oleh – Syeikh Baran


Kandang kambing lebih mewah daripada rumah penduduk
Hartanah yang dicat dengan warna kelabu dan hitam itu dari luar kelihatan seperti rumah biasa. – TikTok

Sebuah rumah mewah kelihatan seperti banglo dua tingkat menjadi perhatian ramai kerana dihuni oleh kambing biri-biri  dan bukannya manusia, lapor laman berita Detik semalam.

Hartanah itu terletak di Batur, wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan  rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, bangunan dicat warna kelabu dan hitam itu kelihatan seperti sebuah banglo jika dilihat dari luar



Namun, apabila berada di dalamnya, kediaman itu dipenuhi kambing biri-biri dan kandang yang dibina khas.

Harga haiwan ternakan itu bermula daripada 10 juta rupiah (RM1,199), malah ada mencecah ratusan juta rupiah kerana berasal daripada kacukan baka biri-biri merino dan biri-biri ekor nipis.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut yang  dikenali sebagai  Afdhol, rumah itu dimiliki seorang lelaki bernama David.

“Pemiliknya amat sayangkan haiwan-haiwan itu dan harganya memang mahal iaitu sekitar 10 juta rupiah (RM2,999)  hingga 100 juta rupiah (RM29,993) seekor,” jelasnya.



Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Rumah kambing lebih elok daripada rumah saya,” kata seorang netizen.

“Baunya bagaimana? Tiadakah jira-jiran yang mengadu?” kata netizen lain. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker