Tertusuk anak panah semasa menangkap ikan

 

Oleh Pena Merah

Tertusuk anak panah semasa menangkap ikan
Anak panah yang tertusuk di lengan kanan mangsa ketika menangkap ikan di Kota Belud

Seorang lelaki cedera selepas lengan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 25 tahun yang cedera dihantar ke Hospital Kota Belud untuk mendapatkan bantuan.



Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan dari Kecemasan Hospital Kota Belud, jam 11.59 malam tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Seorang lelaki tertusuk panah di lengan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan telah berada di hospital.



“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, keadaan mangsa stabil dan operasi tamat pada 12.33 tengah malam.

-Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading