PROFIMA gariskan 5 resolusi untuk pengurusan persatuan

 

Oleh Pena Merah

PROFIMA gariskan 5 resolusi untuk pengurusan persatuan
Kamil merasmikan program bual bicara anjuran PROFIMA sempena Hari KRU Filem 2024 sambil diperhatikan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Hazami Jahari (kiri) dan Khalil (dua dari kanan) di Dewan Bahasa dan Pustaka, semalam.

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) menggariskan lima resolusi sebagai penambahbaikan kepada pengurusan persatuan, termasuk menjaga kebajikan ahli.

Presiden PROFIMA, Khalil Salleh, berkata Resolusi Banding itu sudah diserahkan kepada pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tindakan lanjut.



“Resolusi ini dibuat di Tasik Banding, Perak pada 19 Januari lalu. Ia adalah hasil perbincangan, pemikiran dan persetujuan 20 ahli jawatankuasa dan ahli lembaga pengurusan kumpulan PROFIMA.

“Lima resolusi sebagai persatuan mewakili sektor filem, jadi PROFIMA mewajibkan semua pekerja seni menjadi ahli.

“Resolusi berikutnya adalah meletakkan Akta Buruh 1955 sebagai rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja filem.

“PROFIMA juga menjadikan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebagai agenda utama.



“Ia menjadi syarat wajib dalam penguatkuasaan aktiviti penggambaran demi keselamatan sosial dan kebajikan kru produksi,” katanya kepada BH Online.

 

Khalil berkongsi, PROFIMA mohon agar tarikh 1 Februari wajib diberikan pelepasan cuti khas kepada kerja penggambaran dan ia mendapat pengiktirafan kerajaan. - NSTP/Sadiq Sani
Khalil berkongsi, PROFIMA mohon agar tarikh 1 Februari wajib diberikan pelepasan cuti khas kepada kerja penggambaran dan ia mendapat pengiktirafan kerajaan.

Selain itu, katanya, PROFIMA memohon agar tarikh 1 Februari wajib diberikan pelepasan cuti khas kepada kerja penggambaran dan ia mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Bagi saya, resolusi terakhir amat penting kerana setiap filem Malaysia wajib disokong sepenuhnya oleh seluruh penggiat industri filem dan rakyat Malaysia.



“Sokongan ini perlu mengelakkan berlakunya tohmahan melampau terutama dalam media sosial.

“Kalau bukan orang penggiat seni sendiri yang pertahankan filem tempatan, siapa lagi? Kita nak hentikan perbuatan itu,” katanya.

Khalil berharap usul dibawakan PROFIMA mendapat perhatian peringkat Kementerian Komunikasi.

“Kami sudah serah Resolusi Banding ini kepada FINAS. Insya-Allah, kami akan bawa ke peringkat Kementerian Komunikasi untuk dibincangkan tidak lama lagi,” katanya.



Khalil ditemui selepas majlis pelancaran Hari KRU Filem 2024 yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Program sehari itu menyajikan pelbagai acara seperti siri bual bicara, wacana, taklimat bersama PERKESO dan KWSP, pameran dan cabutan bertuah.

-Berita Harian-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button